Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak
menyumbang kemajuan dalam bidang perniagaan. Hampir semua jenis perniagaan pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi terutama dalam mentadbir perniagaan tersebut. Selain daripada
membantu dalam bidang perniagaan, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi ini juga telah banyak membantu manusia dalam mengurus hal-hal harian
mereka.
Dalam industri berkaitan dengan pengangkutan, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi ini dapat membantu mengurangkan kos pentadbiran dan
dapat mempercepatkan proses sesuatu kerja. Selain ini penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam industri pengangkutan juga secara tidak langsung
dapat mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku. 2
Mengikut kajian yang dilakukan, syarikat pengangkutan yang
mengimplementasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
perniagaan mereka telah menunjukan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam
jangka masa yang singkat. Antara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam industri pengangkutan adalah seperti penjualan tiket secara atas talian,
penjadualan baikpulih kenderaan secara sistematik, penjadualan perjalanan kenderaan
berkomputer, dan sebagainya.
Dalam mengurus sesuatu perniagaan juga ketepatan data dan maklumat adalah
penting, ini ialah untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini pada
masa akan datang. Penggunaan sistem berasaskan komputer akan dapat memberikan
ketepatan data dan maklumat kepada pihak pentadbiran, bagi membolehkan pihak
pentadbiran mentadbir perniagaan masing-masing dengan lebih sistematik.
Bagi industri berkaitan dengan pengangkutan pula, data mengenai keadaan
terkini sesebuah kenderaan adalah penting. Dengan adanya data ini, penjadualan
perjalanan dan baikpulih kenderaan dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan ini
akan menjamin keselamatan kenderaan tersebut. Apabila keselamatan sesebuah
kenderaan terjamin, maka masalah kemalangan dapat dikurangkan.
Justeru itu, penulis ingin mengupas tentang kepentingan dan keperluan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri berkaitan dengan
pengangkutan. Selain itu, penulis juga akan mengkaji mengenai proses-proses
berkaitan dalam industri pengangkutan ini, dan seterusnya penulis akan
membangunkan sebuah sistem yang memberi penyelesaian dalam mengurus
kenderaan terhadap industri pengangkutan ini.